Minyak dan Maajun Gemala ini adalah produk penjagaan kesihatan 100% herba yang dihasilkan dengan ramuan dan kaedah tradisional yang diwarisi secara turun temurun. Keberkesanannya telah terbukti sejak zaman berzaman. Dijamin suci, halal dan mujarab.
MINYAK GEMALA HIKMAT
BOTOL KECIL: RM10.00
BOTOL BIASA: RM20.00
BOTOL BESAR: RM30.00
(tidak termasuk kos penghantaran)
KHASIAT DAN KEGUNAAN
LUKA-LUKA BERKHATAN, PATAH TULANG DAN TERGELIAT/TERSELIUH
Sapu beberapa kali setelah dibetulkan @ titik kapas, bungkus kemas & jangan terkena air. Ulang selama 3 hari berturut-turut. Minum ½ camca sekali sehari (bagi orang dewasa) jika patah tulang atau tergeliat.
DIGIGIT BINATANG BERBISA (KECUALI ULAR), TERKENA PAKU/BESI KARAT/JARUM/KACA/DURI, KUDIS BUTA DAN BISUL
Picit, keluarkan darah sebanyak mungkin. Sapu minyak @ titik kapas & balut kemas bahagian terbabit. Jika kesakitan tidak berkurang, tuamkan dgn tuala panas/tungku setelah disapu minyak @ dibalut. Ulang sehingga sembuh.
SENGAL-SENGAL, BENGKAK, TERKENA API/AIR/MINYAK PANAS, GATAL-GATAL, KURAP, JERAWAT, JERAWAT BATU DAN KUDIS
Titik dan sapukan minyak pada bahagian terbabit 2-3 kali sehari. Ulang sehingga sembuh.
TELINGA BERNANAH, DIGIGIT SERANGGA DI DALAM LUBANG TELINGA
Titis minyak pada putik kapas dan sapukan ke dalam telinga 3 kali sehari. Ulang sehingga sembuh.
TINDIK TELINGA
Sapu minyak ke cuping telinga dan hujung jarum penindik, picit serta urutkan cuping telinga selama 10 minit (tambah minyak jika perlu) atau sehingga kebas. Tekan jarum perlahan-lahan sehingga tembus. Lap darah sebanyak mungkin dan sapukan minyak beberapa kali sehari sehingga luka sembuh.
SAKIT GIGI DAN BENGKAK GUSI
Sapu minyak atau titik pada kapas – sapu minyak dan selitkan kapas dititis minyak pada bahagian sakit. Untuk kanak-kanak, memadai jika disapu sahaja pada bahagian yang sakit.
SEMBELIT, CACING, KENCING MALAM, HAID TIDAK LANCAR, SENGGUGUT, KEMBUNG, MENGECUTKAN RAHIM, DEMAM KURA, SESAK @ SAKIT DADA, PEDIH ULU HATI, SEMBAB, KEBAS ANGGOTA BADAN, ULURAN, ANGIN PASANG (HERNIA), SAKIT PINGGANG, LEMAH TENAGA BATIN, SEMPUT
Sapu, urutkan bahagian terbabit 2-3 kali sehari. Minum ¼ camca teh dengan 2 biji telur mentah atau campurkan kedalam air suam sekali sehari.
SEBAGAI MINYAK SELUSUH BERSALIN, MENGELUARKAN URI TEMBUNI
Sapu minyak, urutkan diperut dan dibelakang. Baca Bismillah dan Selawat 3 kali dan hembuskan ke atas minyak, ulang 3 kali. Titiskan 3 titis minyak ke dalam segelas air sejuk kemudian minum perlahan-lahan. Ulang semula setelah air habis diminum. Insya-Allah dapat membantu memudahkan bersalin.
UNTUK KEGUNAAN BINATANG TERNAKAN
Beri minum 1 botol kecil (Lembu/Kerbau) / ½ botol kecil (Kambing/Biri-biri) / 1 camca teh (Ayam/Itik/Kucing/Beruk) yang terkena penyakit HAWAR – sekali sahaja, jangan diulang.
PERINGATAN PENTING
Jangan terkena air.
Bersihkan dahulu tempat yang sakit supaya kering, tidak berdarah atau bernanah.
WANITA HAMIL : tidak boleh diminum atau disapu pada bahagian perut dan belakang.
Boleh menyebabkan keguguran.
KANAK-KANAK : memadai disapu sahaja, tidak perlu diminum.
PANTANG
Air Kelapa, Air Batu, Air Gas, Minuman Berais/Aiskrim, Tembikai, Betik, Jeruk, Pekasam, Durian, Ubi Kayu (Ubi/Pucuk), Minuman Keras atau Ubatan Herba lain. Boleh mengurangkan / menghilangkan keberkesanan minyak ini.
MAAJUN GEMALA AJAIB
SEBOTOL: RM30.00 (untuk kegunaan sebulan)
(tidak termasuk kos penghantaran)
KHASIAT DAN KEGUNAAN
UNTUK LELAKI DAN WANITA BERUSIA 14 TAHUN KEATAS
(TIDAK SESUAI UNTUK WANITA HAMIL)
- Mengekalkan kecergasan tubuh dan meningkatkan tenaga.
- Melancarkan pengaliran darah dan memulihkan kekuatan otot dan sendi.
- Melancarkan aliran haid, merawat senggugut dan mengeluarkan kotoran dalam rahim.
- Menguatkan otot faraj serta menghilangkan lendir dan keputihan berlebihan.
- Melancarkan pembuangan air besar serta membuang angin.
- Mengurangkan water retention dan kesembapan.
- Mengembalikan keinginan batin wanita dan lelaki.
- Merawat kelemahan tenaga batin dan meningkatkan kenikmatan berumahtangga,
- Merawat masalah angin pasang
- Menyembuhkan angin ahmar.
- Mengurangkan kahak serta merawat batuk terutama batuk kering (TB).
- Mengembalikan dara wanita dan menguatkan senjata lelaki.
dan pelbagai lagi khasiat dan penawar utk kesihatan tubuh badan.
CARA PENGAMBILAN
Gentel sebesar biji kacang, makan sekali sehari. Bagi tujuan merawat, ambil 2 kali sehari sehingga sembuh dan teruskan pengambilan sekali sehari.
WANITA DALAM PANTANG: ambil 3 kali sehari.
PANTANG
Elakkan minuman gas, ais, pekasam, jeruk, betik, ubi kayu dan jamu/maajun lain.
(COURIER/DESPATCH)
Lembah Kelang : RM6.00
Semenanjung : RM6.00
Sabah/Sarawak : RM12.00
*boleh berubah bergantung kepada berat keseluruhan.
:NOTE: kos penghantaran melalui pos biasa/pos express/pos parcel bergantung kepada tempahan.
.
No comments:
Post a Comment